Friday 11 October 2019

TEKANAN PERASAAN

Assalamualaikum..

hye guys..
harini mida nak berkongsi sedikit tentang tekanan perasaan..

Definisi Tekanan Perasaan ialah suatu reksi yang tidak menentu dalam diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

tekanan perasaan terbahagi kepada dua 
1) tekanan perasaan yang baik atau positif iaitu "eustress". 
      -ransangan yang dapat membuat kita melangkah ke arah kejayaan.
2) tekanan perassan negatif iaitu "distress".
      -tekanan yang membuat kita jatuh kelembah kemurungan.

ketika kita dalam keadaan stress tubuh kita akan mengeluarkan hormon ransangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah dan mewujudkan pelbagai perubahan seperti denyutan jantung bertambah laju,tekanan darah meningkat dan macam2 lagi.


tanda-tanda / gejala umum apabila stress.

1) fizikal     : keletihan,pening kepala,susah tidur dan banyak lagi
2) mental   : hilang tumpuan,mudah lupa,susah buat keputusan
                    dan pelbagai lagi.
3) emosi     : mudah marah,sentiasa takut,sensitif dan lain2 lagi.
4) perangai : bertindak agresif,tak fikir panjang,terburu-buru,
                    makan yang berlebihan dan menyalahkan orang lain.



Masalah kesihatan akibat stress

korang nak tau tak..bila stress kesihatan kita jugak akan terganggu..so kat sini mida senaraikan beberapa masalah kesihatan akibat stress.
1) sakit jantung
2) stroke
3) insomnia atau susah tidur
4) kencing manis
5) gastrik dan ulser
6) infeksi kuman 
7) asthma..

bukan ni je..banyak lagi.

so jalan yang terbaik selain daripada korang seksa diri dengan stress..

cuba perbanyakkan diri dengan berzikir untuk membersihkan rohani..
ingat ye teman2..

setiap apa masalah yang hadir sebenaranya adalah kerana Allah swt ingin menguji setiap hambanya untuk menjadikan hambanya lebih matang dan kuat..
ingat ye..setiap ujian yang hadir adalah kerana Allah swt sayang pada kita..
apabila kita terlampau stress cuba fikir yang positif..cuba dekatkan diri pada Allah swt..
luahkan  masalah pada yang tersayang..
insya Allah segala masalah yang membat kita stress akan hilang..
ok teman2..

sampai sini sahaja perkongsian mida pada korang.
yang baik itu datang daripada yang maha kuasa..
yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri..

SAMPAI KETEMU LAGI..
salam sayang buat semua...